Homepage

Gandakan Rezeki Anda Dengan Bersedekah

“Suburkan Rezeki Anda Dengan Menyumbang Kepada Tahfiz”

Tahukah anda dengan membayar zakat melalui tahfiz anda berpeluang mendapat rebet cukai pendapatan disamping menggandakan pahala anda…”

Teruskan Bacaan Anda, 5 Minit Sahaja…

Wakaf Untuk Surau Perempuan Maahad Tahfiz Al Quran An Najihah

Sumbangan ke akaun berikut atas nama:
Maahad Tahfiz Al Quran An Najihah

Sumbangan Diperlukan

No Akaun Maybank

5551 0830 1296

Sumbangan Wakaf diperlukan

No Akaun Bank Islam

0507 601000 2174

Kami Mengajak Anda Untuk Menyuburkan Rezeki Anda dengan Menyumbang Sedikit Dari Harta Anda Untuk Maahad Tahfiz Ini

“Dengan bersedekah Allah SWT telah janjikan ganjaran yang berlipat kali ganda…”

Anda tidak akan jatuh miskin kerana memberikan wakaf

Abd Rahman Bin Auf yang merupakan Sahabat Rasulullah S.A.W kekal menjadi kaya-raya meskipun banyak harta beliau di Infaq kejalan Allah S.W.T

Sesungguhnya orang-orang yang selalu MEMBACA KITAB ALLAH dan mendirikan SOLAT dan MENAFKAHKAN sebahagian daripada rezeki yang kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan PERNIAGAAN YANG TIDAK AKAN RUGI.

Surah Faathir, Ayat 29

Pengenalan Maahad Tahfiz Al Quran An Najihah Perempuan

Pembangunan MATAN PEREMPUAN mula beroperasi sejak mula penubuhannya pada Januari 2016.

Bangunan yang sedia ada ialah 2 unit rumah sewa yang dijadikan asrama , tempat solat dan sekaligus tempat belajar. Oleh kerana tempatnya yang terhad madrasah tidak boleh menampung kemasukan pelajar yang semakin bertambah. Bagi mengatasi masalah ini pihak madrasah bercadang untuk membina surau sekaligus sebagai tempat belajar yang lebih selesa.

Kami Memerlukan Dana Daripada Anda Untuk :

Surau & Kelas

  • Cadangan Membina Surau & Kelas Pengajian Hafazan Al Quran Bagi Maaahad Tahfiz Al Quran An Najihah, Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus.


Pagar Keselamatan

  • Membina pagar keselamatan sekeliling bangunan asrama pelajar perempuan dan surau yang akan diusahakan pembinaannya.

Kelengkapan Pejabat

  • Membeli kelengkapan pejabat


Tempat Permainan

  • Tempat permainan atau gelanggang bola jaring untuk aktiviti sukan

Landskap

  • Landskap terdiri daripada penanaman pokok bunga dan papan tanda arah


Pondok Wakaf

  • Pondok wakaf (gazebo) untuk tempat rehat dan perjumpaan ibubapa sewaktu datang melawat anak masing-masing

Van Sekolah

  • Sebuah van untuk kegunaan rasmi maahad

DERMA & INFAQ

Semoga setiap sumbangan yang anda berikan dikira sebagai amal jariah yang memberikan pahala yang berterusan hingga ke akhirat. Semoga Allah SWT mengganjari tuan/puan dengan sebaik-baik ganjaran. InsyaAllah.


Beri Sumbangan

Sahabat,

Sememangnya sudah janji Allah bahawa jika kita mewakafkan sebahagian dari harta atau rezeki yang telah Allah berikan kepada kita untuk jalan Allah maka apa yang kita berikan itu bukan sia-sia dan akan diganda sebanyak-banyaknya.

Ianya bukan sia-sia buat pihak yang kita dermakan kerana ianya akan membantu mereka yang perlu dibantu dan ianya juga bukan sia-sia kepada diri kita sendiri kerana Allah sendiri akan menggandakan rezeki kita.

Namun begitu Syaitan sering membisikkan kita agar tidak mewakafkan rezeki kita…

“Syaitan Sentiasa Membisikkan Buruknya WAKAF Itu…”

Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir); sedang Allah menjanjikan untukmu ampunan daripada-Nya dan kurnia. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.

Surah Al-Baqarah, Ayat 268

Kita sering terkesan dengan bisikan syaitan yang sering menerbitkan rasa was-was dimana bila kita menderma kepada jalan Allah ini akan menyebabkan kita..

  • Kerugian kerana wang yang kita berikan tidak membuahkan apa-apa hasil.
  • Kurang yakin dengan kesahihan perkara yang akan kita dermakan walaupun sudah ada banyak bukti.
  • Rasa takut wang akan habis dan tidak dapat berbelanja jika kita menderma.
  • Rasa kurang yakin dan mungkin tertipu oleh pihak tertentu.

“Bagaimana Untuk Atasi Bisikan Syaitan Ini…?”

Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh.

Surah Al Munafiqun, Ayat 10

Mahfum dari surah Al-Munafiqun , ayat 10 di atas boleh memberi kita suntikan motivasi untuk kita wakafkan sebahagian dari rezeki yang kita perolehi kepada jalan Allah.

Ini dapat menyangkal bisikan-bisikan Syaitan yang tidak mahu kita menderma atau bersedekah pada jalan Allah.

Jangan sampai bila kita sudah tiada di alam dunia ini kita menyesal kerana tidak berWAKAF kepada jalan Allah dan menjadi orang yang Soleh.

Peluang Untuk Menyumbang Kepada Pelajar-Pelajar Tahfiz

Siapa itu pelajar Tahfiz ?

Ya! anda mungkin sudah tahu bukan? Pelajar Tahfiz adalah pelajar-pelajar yang menghafaz Al-Quran.

Mahfum hadis Rasul Allah SAW – Riwayat Ibnu Majah,

“ Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W?

Jawab baginda : Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan dan orang-orang pilihannya. ”

Bayangkan, seorang pelajar tahfiz yang bakal menjadi Hafiz / Hafizah Al-Quran dan mereka ini in sha Allah bakal menjadi kerabat-kerabat-NYA di kalangan manusia.

BerWAKAF kepada pelajar Tahfiz ini juga merupakan berWAKAF kepada jalan Allah.

Pelajar Tahfiz Perempuan An Najihah

Peluang Di Depan Mata, Infaq Harta Anda Kepada Pelajar-Pelajar Tahfiz

Dengan berWAKAF kepada pusat Tahfiz maka kita juga berWAKAF kepada pelajar Tahfiz dan bayangkan atas WAKAF yang kita WAKAFkan ianya akan membantu membina pusat Tahfiz yang selesa serta lengkap dengan segala keperluan yang perlu diadakan.

Bukan seorang dua Hafiz yang bakal dilahirkan malah in sha Allah beribu bakal Hafiz akan lahir dari pusat Tahfiz yang bakal di bina ini. In sha Allah apa yang diwakafkan jika ianya ikhlas akan dikira selagi mana pusat Tahfiz ini digunakan untuk melahirkan Hafiz / Hafizah yang akan menyiarkan Islam ke serata Alam.

Kami terima bayaran secara online 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 30 hari sebulan!

Bagaimana Anda Ingin Menyalurkan Bantuan Ke Tahfiz Ini?

Zakat

Semoga Sumbangan Anda Diberkati Oleh-Nya

  • Kami menerima zakat pendapatan, perniagaan,wang simpanan, emas dan perak
  • Pembayaran boleh buat secara Tunai, Cek @ Online Transfer


Beri Sumbangan

Wakaf

Semoga Sumbangan Anda Diberkati Oleh-Nya

  • Amal jariah berpanjangan kepada Ibu Bapa tanpa kenduri arwah
  • Aset tetap akhirat yang memberikan pahala yang lumayan meskipun telah meninggal dunia


Beri Sumbangan

Perhatian: Anda akan dibawa ke laman pembayaran Billplz setelah menekan butang “BERI SUMBANGAN”. Bilplz adalah sistem pembayaran online yang mudah dan selamat.

Perkara Yang Baik Tidak Harus Ditangguh…

Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.

Surah At-Taubah, Ayat 20

Soalan Lazim

Bagaimana Cara Menderma?

Klik sini untuk panduan menderma

 

Adakah Sistem Pembayaran Ini Selamat Digunakan?

Billplz adalah sistem pembayaran yang selamat dan telah diintegrasikan dengan bank-bank anda. InsyaAllah.

Siapa Yang Boleh Dihubungi?

Anda boleh hubungi Pengetua Maahad Tahfiz Al Quran An Najihah melalui whatsapp. Sila Klik disini : Ustaz Zawawi

hubungi kami

Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan dan pertanyaan mengenai perkhidmatan kami, sila hubungi kami melalui maklumat dibawah.Kami bersedia untuk membantu anda menghuraikan dengan lebih lanjut.

Alamat

Lot 13507, Jalan Salak, Kg. Jijan, 71800 Nilai, Negeri Sembilan.

NO TELEFON

013-3331 120 ( Pengetua ) / 06-791 5070 ( Pejabat )

Email

wakaf@matan.edu.my









© 2017 Maahad Tahfiz Al Quran An Najihah. Hakcipta Terpelihara.